Welcome to Farah Elyana's Official Blog :)

Monday, March 28, 2011

Nervous

             okey, entry kali niy aku tak nak panjang panjang. aku kena taip laju laju sebab skrg dah lewat. It's getting late and i have to go to bed now. *padahal baru pukul 11 tuh* mesti pelik kan, biasanya FE nih jarang tidur awal. kadang kadang tuh smpai pukul 2, 3 pagi pun tak reti reti nak tidur lagi kan, hikhik XD aku nak tidur awal nih pun bersebab. besok pasukan Kadet Pertahanan Awam SMK Meru akan pergi bertanding di Bandar Sultan Sulaiman. *termasuk aku lah tuh :D* Serious cuak gilaa. aku tulis entry nih pun semata mata nak hilangkan rasa gemuruh aku. mudah mudahan besok aku dapat buat yg terbaik, AMIN !

Yang gemuruh,
Yana Azhar

Monday, March 14, 2011

Saya Pelajar Tingkatan 4

Nama saya Farah Elyana binti Azhar,
Saya pelajar tingkatan 4 yang sangat SIMPLE dan KAKI FACEBOOKING

Saya nak join Segmen Sahabat Blogger - Pelajar Sekolah di bawah kelolaan http://blogpilihanmalaysia.blogspot.com
*Sebenarnya nih untuk suka suka saja. Tidak ada kena mengena dengan yang hidup, mahupun yang telah meninggal dunia :')

Okay, sudah sudahlah merepek -,-

Anda bersekolah di mana ?

=> Saya bersekolah di Sekolah Menengah Kebangsaan Meru, Klang. Eyh, tak pernah dengar ya ? kesiann, cuba cari dekat internet. agak agak jumpa tak ? Alahh, pendek cerita, carilah sekolah yang terpadat di Malaysia.  Hah, sekolah saya lah tu ! XD

Mata pelajaran yang anda minat dan sertakan sekali siapa guru 
yang mengajar dan kenapa anda minat mata pelajaran tersebut..


=> Hmm, subjek yang saya minat yaa. Kejap kejap, nak refresh balik.
Hahhh ! Saya minat dengan subjek Bahasa Inggeris, Matematik Moden, Biology dengan Chemistry. Cikgu yang mengajar saya matapelajaran Bahasa Inggeris ialah Miss Susan manakala cikgu yang mengajar saya subjek Math Moden ialah Puan Maziah. cikgu yang ajar saya subjek Biology ialah Puan Ruhani dan  Chemistry, Puan Nazni. Saya sukakan subjek ini kerana ianya agak mencabar. *Walaupun kadang kadang buat orang mengantuk dalam kelas :P


Nyatakan kenangan manis semasa di sekolah. contohnya menang 
pidato ke, menang main sukan ke dan sebagainya


=> Kenangan manis semasa di sekolah ? Err, saya nih bukan jenis orang yang sering terlibat dalam aktiviti aktiviti yang dianjurkan oleh sekolah. Apalagi dengan acara lumba lari and semua semua tuh. memang bukan sayalah kan, hikhik :D Datang kokurikulum pun semata mata nak penuhkan kehadiran. kalau tak, jangan mimpilah nak datang :D hehehe. tapi ada satu benda yang saya minat daripada dulu lagi. kawad kaki. Sekarang pun saya masih lagi teruskan lagi dengan aktiviti kawad saya setiap hari. Dan insyaallah, kalau tiada aral melintang, skuad Kadet Pertahanan Awam SMK Meru akan bertanding pada 29 March 2011 bagi mewakili daerah Klang. Doakan semoga kami berjaya ya ! :)


Gambar anda bersama rakan kelas (jika ada)






Sekian saja coretan saya kali ini :)

With Love,
Yana Azhar


Sunday, March 13, 2011

Kursus Imam & Imamah SMK Meru

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh :)

ceyt, ayat tak boleh blah kann. mentang mentang lah baru balik drpd kursus, konon bakal imamah laa nie. hahaha :D

Seperti tajuk yg tentera di atas, aku, aida, suri, julia and myrara telah bersepakat untuk menyertai Kursus Imam & Imamah selama 2 hari 1 malam di asrama SMK Meru. Entah apa angin aku tetiba je nak join sekali, Padahal aku nih bukan jenis yg suka mengikuti kursus mengenai keagamaan. Apa lagi dengan ceramah, tazkirah and all those things. Memang bukan aku lah kann. Benda nih seharusnya dipanggil miracle. Sebab dia hanya berlaku sekali dalam masa 3 tahun, ajaib gilaa ! :O

hahaha as you all don't know, pada pagi jumaat bersamaan dgn 11 Februari 2011 ( Taylor Lautner's Birthday :D ) yg kurang indah tu, aku terpaksa mengangkut beg aku yg berat tuh pergi ke rumah kamia. semua dok pndang aku lain macam je. mcm aku nih alien -,- aduhh, segan saya ='> aku terpaksa bawak beg tuh terus pergi sekolah. ye lah, lepas nih aku tak balik rumah dah. aku stay rumah kamia and then terus pergi sekolah :D ni lah nasib budak yg rumahnya jauh drpd sekolah, wuwuwu.

Bila dah balik sekolah, after lunch, aku and myrara pergi ke rumah kamia, tukar baju, makan and all those things, almost pukul 3, kitorang pun berangkat ke sekolah. sepatutnya dah ada kat sekolah pukul 2.30, tapi macam tak kenal aku kann. aku kalau bersiap mmg lembab. hehehe. pulak tu, jalan ke sekolah pun amek masa 15 minit, haha mmg lmbt ahh smpai. ditambah dgn beg berat mngalahkan org nak pergi honeymoon. mana taknya, last minute preparation kann. sabun, pencuci muka semua tak bawak. bagus betul -,-

First day kat situ, terasa mcm lama gilaa. makan petang and malam dia tak sedap. yuck! itu boleh terima lagi. tapi aku tak boleh tahan bila air dia air manis all the time. mula mula teh, lepas tuh teh tarik. and then nescafe. aku cukup tak suka lahh. pulak tuh bagi time tgh panas then suruh org habiskan cepat cepat. mahu melecur lidah org dibuatnya. malam tuh memang menderita gilaa ahh. dahaga yang amat. nak aje aku suruh kamia tolong hantarkan air kat kitorang memandangkan rumah dia sebelah sekolah je haha.

tapi aku belajar banyak benda sepanjang aku berada kat situ. aku terasa begitu kerdil di sisi tuhan. banyak dosa yang telah aku lakukan selama nih, setinggi gunung kinabalu mungkin. tapi aku berharap, semoga tuhan ampunkan segala dosa aku selama aku hidup di dunia nih. aku tak mahu pergi dalam kemurkaan ALLAH :'(

Yang Menyesal,
Yana Azhar

3B Reunion

Assalamualaikum,


yaww wassup :) Sebenarnya aku nak update benda nih dah lama. tapi disebabkan perasaan malas yg sudah mencapai tahap kritikal, aku biarkan aje. memang tak sedar diri kan, tahun depan dah nak spm, tapi attitude tak pernahnya nak berubah -,- sama je dari dulu sampai sekarang. hehehe













So nak dijadikan cerita, 3 Februari haritu, ex 3B's student buat reunion untuk kali yg terakhir kat KFC Meru sebelum acap, iylia, atul, izzy and nijay pindah. seriously, memang riuh rendah kat situ. sayang nijay takde :') disebabkan kami kami nih terlampaulah bising, aku rasa mcm KFC tuh nak roboh je -,-
























 

serious best gilaaa ! yang dah pergi teknik or mrsm pun join sekaki. apalagi, gamatlah suasana. rasa macam kembali ke tahun 2010. haihh, rindunyaa :')

Enough with the heavy, after dah habis makan semua tuh. tanpa dirancang, dorang nak pergi Klang Prade. Mamang tak sangka ahh. duit dah laa bawak ciput je kann. sebab ingatkan tade nak pergi mana. tak sangka pulak dorang nak lepak KP. nak main bowling katanya. hmm, lantaklah. ciput pun ciputlah. janji tambang nak pergi KP naik bas lepas sudah. baliknya boleh suruh ayah aku amek, hehehe 

sampai sana, tempat bowling full ohh. maklumlah, hari cuti ! so, sementara tunggu giliran tuh, ingatkan nak pergi karaoke sekejap. tup tup, tiba tiba aje aku ditegur oleh sorang mmat yg tak dikenali. apalagi, kitorang semua pun cabut lahh. bikin seram aku aje -,- kalau kena culik, aku jugak yg susah -___-

after dorang dah dapat tempat utk main bowling tuh, dorang pun start main laa. serious kelakar gilaa. ada yang straight, tapi straight masuk longkang. yg senget benget pun masuk longkang jugak. apalagi, gelak sakan lah aku dibuatnya.

and for the first time, aku dapat pegang camera nikon yg selama nih aku idam idamkan ! <33333 wuwuwu, teruja gila. nak nangis boleh tak ? :')














kawan kawan aku yg gila gila belaka. Aku sayang korang !


nilah aksi aksi pro player ex student 3B haha. *pro la sgt kan* act , aku nak try gak main bowling. tapi aku takut kang kalau aku main, bolanya bukan ke depan, malah kebelakang pulak nanti. tak psl psl malu sendiri -,-





So long, kitorang memang having so much fun on that day. And i wish, kitorang boleh buat reunion macam nih lagi someday :')


Assalamualaikum,

Haii ! sudah sekian lama aku membiarkan blog ini tidak berusik dengan entry entry baru gara gara kesibukan yang terlampau. Eh sesuai ke guna ayat 'sibuk yang terlampau' tuh ? No,no,no. Lebih tepat kalau aku cakap,  MALAS. hihi XD Sekian lama tak update blog, banyak perkara yg berlaku dalam hidup aku. About reunion 3Bijak, Kem Kursus Imam dan Imamah and all those thing. Ada masa nanti, aku update okay :)

Bercakap tentang 'kesibukan terlampau', sememangnya aku betul betul sibuk sejak kebelakangan nih. Dengan jadual kawad yang tiada henti hentinya, ditambah pulak dengan exam yang bakal aku lalui minggu depan, memang give aku a lot of pressure. Pulak tu, besok dan lusa, aku ada mini camp kat sekolah. Untuk apa ? Apa lagi, kawadlah. Tak tahulah ada masa untuk belajar ataupun tak. Disebabkan aku terlalu sibuk berkawad, kulit muka aku nih pun dah sekutu dengan kumaresan. Perghh penat je aku buat facial treatment selama 2 bulan kat rumah. Sanggup tu tak keluar rumah semata mata nak putihkan kulit. last last, habuk pun tarak. Bukannya kulit semakin putih. Semakin hitam adalah. Boleh nampak kesan berbelang bila bukak tudung tau wuwuwu :')

Seriously, aku tak ready lagi untuk exam kali nih. Form 4 format dia lain dgn PMR. And this is something new to me. Tak cukup dgn masalah nih, cikgu pulak nak lantik aku jadi pengawas sekolah. Nak pengsan jugak aku dibuatnya. Cacamarba hidup aku tahun nih. tapi bagi aku, selagi aku boleh join apa jenis aktiviti tahun nih, aku tak patut lepaskan peluang tuh. Sebab tahun depan memang aku nak fokus kepada SPM je. Tak nak main main dah. SPM tu penentu masa depan. PMR tu boleh main main lagi. Tapi kalau SPM, say sorry lah. Aku tak berani nak mempertaruhkan masa depan aku -,- hehehe

So long, aku kena berusaha sedaya upaya untuk menyesuaikan diri dengan keadaan kehidupan aku tahun nih :)

With Love,
Yanana Azhar

Sunday, March 6, 2011


Did you know,
 that we all have this big time bomb inside of us? 
Yeah, it's called love :)