Welcome to Farah Elyana's Official Blog :)

Monday, March 14, 2011

Saya Pelajar Tingkatan 4

Nama saya Farah Elyana binti Azhar,
Saya pelajar tingkatan 4 yang sangat SIMPLE dan KAKI FACEBOOKING

Saya nak join Segmen Sahabat Blogger - Pelajar Sekolah di bawah kelolaan http://blogpilihanmalaysia.blogspot.com
*Sebenarnya nih untuk suka suka saja. Tidak ada kena mengena dengan yang hidup, mahupun yang telah meninggal dunia :')

Okay, sudah sudahlah merepek -,-

Anda bersekolah di mana ?

=> Saya bersekolah di Sekolah Menengah Kebangsaan Meru, Klang. Eyh, tak pernah dengar ya ? kesiann, cuba cari dekat internet. agak agak jumpa tak ? Alahh, pendek cerita, carilah sekolah yang terpadat di Malaysia.  Hah, sekolah saya lah tu ! XD

Mata pelajaran yang anda minat dan sertakan sekali siapa guru 
yang mengajar dan kenapa anda minat mata pelajaran tersebut..


=> Hmm, subjek yang saya minat yaa. Kejap kejap, nak refresh balik.
Hahhh ! Saya minat dengan subjek Bahasa Inggeris, Matematik Moden, Biology dengan Chemistry. Cikgu yang mengajar saya matapelajaran Bahasa Inggeris ialah Miss Susan manakala cikgu yang mengajar saya subjek Math Moden ialah Puan Maziah. cikgu yang ajar saya subjek Biology ialah Puan Ruhani dan  Chemistry, Puan Nazni. Saya sukakan subjek ini kerana ianya agak mencabar. *Walaupun kadang kadang buat orang mengantuk dalam kelas :P


Nyatakan kenangan manis semasa di sekolah. contohnya menang 
pidato ke, menang main sukan ke dan sebagainya


=> Kenangan manis semasa di sekolah ? Err, saya nih bukan jenis orang yang sering terlibat dalam aktiviti aktiviti yang dianjurkan oleh sekolah. Apalagi dengan acara lumba lari and semua semua tuh. memang bukan sayalah kan, hikhik :D Datang kokurikulum pun semata mata nak penuhkan kehadiran. kalau tak, jangan mimpilah nak datang :D hehehe. tapi ada satu benda yang saya minat daripada dulu lagi. kawad kaki. Sekarang pun saya masih lagi teruskan lagi dengan aktiviti kawad saya setiap hari. Dan insyaallah, kalau tiada aral melintang, skuad Kadet Pertahanan Awam SMK Meru akan bertanding pada 29 March 2011 bagi mewakili daerah Klang. Doakan semoga kami berjaya ya ! :)


Gambar anda bersama rakan kelas (jika ada)






Sekian saja coretan saya kali ini :)

With Love,
Yana Azhar


3 comments: