Welcome to Farah Elyana's Official Blog :)

Saturday, January 19, 2013

Malu

Malu! Malu! Malu!

Aduhh, seriously, aku rasa macam nak menjerit aje, biar satu dunia tahu yang aku memang tengah menahan malu yang teramat sangat sekarang nih. naik gila dah aku, asyik meracau tak tentu hala. adik aku pun dah tengok aku semacam. dalam fikiran dia rasanya tak lama lagi aku kena tempah katil kat Tanjung Rambutan dah. kalau tak tempah kang, takut tak cukup tempat pulak. haduyyy -___________________-

heheh, kesiannya korang. tak ada angin, tak ada ribut, tiba tiba meroyan tak tentu pasal. haha, dah lah tak tahu cerita sebenar, hikhik. sorry sorry, gostan balik. sebenarnya cerita dia macam ni. alkisah petang tadi, tiba tiba tekak aku ni mengidam nak makan krushers. so, dengan tidak dirancangnya aku dengan adik adik aku pergilah ke KFC yang bersebelahan dengan tempat kerja aku. sekalian nak lepak dengan siti yang kebetulan baru habis kerja time tuh. so, tengah dok melepak tuh, datanglah dua ekor mamat yang aku rasa memang kekurangan kerja. kalau boleh hari hari nak datang pizza walaupun tak kerja. -,-' heheh. berbalik kepada topik sebenar. sambung lepak dengan dorang, tetibe datang pulak lagi sorang, si aizad ni haa. kat mana ada siti, kat situ ada dia jugak. memang tak boleh berenggang betullah dua ekor ni. dah macam belangkas! jealous pulak aku tengok, heheh.

disebabkan aizad ni jenis mulut lepas, dia pun tegur aku sesedap oren dia aje. pasal apa tuh, ehemmm. aku tak boleh cakap lah. tu macam membuka pekung di dada, mahu tak online setahun gara gara malu. hahaha tapi seriously, aku malu gila time tuh. aku tak tahu dah nak sorok muka aku nih kat mana. aku cuma boleh ketawa sekali dengan dorang seolah olah aku tak ambil hati langsung dengan apa yang si aizad tuh. padahal dalam hati '______________________'

harap harap lah dia orang cepat lupa dengan incident tuh. jangan lah ingat lagi, buat malu aku je -,-'


So Long,
Yana Azhar



No comments:

Post a Comment