Welcome to Farah Elyana's Official Blog :)

Saturday, January 19, 2013

Benci

Benci! Benci! Benci!

haihh, sejak kebelakangan ni, macam macam masalah melanda diri aku. dengan masalah kerjanya, ditambah pula dengan masalah peribadi. memang aku rasa nak pengsan aje, biar dapat cuti kerja. okay tak? hahaha. pulak tu, aku asyik jadi mangsa makian, cacian dan tohmahan miss hana. kadang kadang aku geram dengan miss hana, tak boleh ke jaga sikit hati dan perasaan para pekerja dia? tahulah aku ni kuli je, tapi tak boleh ke dia guna bahasa yang sedap didengar sikit? bukannya guna bahasa yang agak kesat seolah olah kuli macam aku ni tak ada perasaan langsung. isyhh, sebal je aku.  nasib baik lah dia majikan aku, nak marah lebih lebih pun tak boleh. tak pasal pasal dapat cuti seminggu SPECIAL, hadiah daripada miss hana. erghh, seram pulak bila aku fikir -,-'

satu lagi masalah, MR.S marah kat akulah agaknya. rasanya sebab aku asyik dok cakap pasal syafiq aje. walau dah berbuih mulut aku cakap yang aku anggap syafiq tu macam adik aku je, tetap jugak dia nak marah. katanya, syafiq tu lelaki. macam mana pun aku tetap boleh tersuka kat dia. hmm, sudahnya aku diam aje, malas nak bertekak. pulak tu, mesej tidak, call pun tidak. jumpa kat tempat kerja pun buat macam tak kenal aje. memang sengajalah nak mendera perasaan aku kan. aku pun apa lagi, dah dia buat macam tuh. aku pun ikutlah rentak dia. baru tahu keras kepala aku macam mana. baguslah tu, sama sama tunjuk keras kepala, tak tahulah siapa yang menang akhirnya -,-'

inilah sebabnya aku sentiasa ingatkan diri aku agar selalu berhati hati dengan dia. jangan mudah percaya cakap dia, jangan mudah beri hati aku kat dia, kerana kesudahannya belum tentu membahagiakan aku. silap silap aku yang menderita. nah! like what i said just now, memang aku tengah menderita pun sekarang! nampaknya, dia memang marah gila kat aku. erghh, penat dah aku terjenguk jenguk pandang handphone aku. kot kot dia mesej or call. tapi habuk pun tarak. rasa leher aku nih dan panjang macam zirafah gara gara asyik terjenguk jenguk aje. aku rasa macam nak hentak hentak je handphone tu, hahaha

masa ni barulah aku rasa betul apa yang orang cakap, bila orang tu ada di depan mata kita, kita tak hargai, bila dah hilang, baru sibuk nak tercari cari. memang kenalah dengan situasi aku sekarang nih. rindu nak dengar suara dia, rindu nak mesej dia, rindu nak dengar dia ketawa. pendek kata semuanya rindulah. tulah, dulu jual mahal sangat, sekarang dia dah tak nak, hahh! padanlah muka kau yana! erghhh '__________' tapi dengan ni, aku sedar. ohhh, dia memang tak serius dengan aku. baru macam nih, dah buat aku terkontang kanting. mujurlah aku belum jatuh cinta tahap dewa dengan dia. jadi, takdelah sakit mana.  so, moral of the story, belajar dahulu, bercinta kemudian. nak lagi senang, mintak mak ayah carikan jodoh, lagi afdal. hahahaha :D


So Long,
Yana Azhar

1 comment: