Welcome to Farah Elyana's Official Blog :)

Saturday, January 5, 2013

Mistake

I'VE DONE A VERY HUGE MISTAKE!

seumur hidup aku, inilah kali pertama aku buat kerja tak waras macam ni. kalau mak dan ayah aku tahu, mahu dorang sakit jantung gara gara terkejut. mana taknya, anak yang selama dididik dgn penuh kasih sayang dan pengetahuan agama yang cukup, boleh buat perkara tak betul macam nih. Nauzubillah! Aku betul betul menyesal, entah kenapa semua tak jadi macam yang aku nak kan. selepas ditegur oleh sir tadi, barulah aku sedar betapa bodohnya aku. sebagai perempuan, aku seharusnya lebih menjaga tatasusila aku dgn lelaki. bila dah jadi mcm ni. sendiri susah hati, yana, yana. haihh -,-'

sekarang ni, aku dah tak tahu nak buat apa dah. rasa malu aku dah macam setebal dinding. aku tak tahu macam mana nak berhadapan dgn pekerja lain. mesti dorang anggap aku yg macam macam. perempuan murahan, barangkali. nasib baik, kawan kawan aku memahami. aku cukup takut kalau dorang pun pandang serong dengan aku . aku cukup terharu bila sherin cakap " Aku kenal kau dah lama yana, aku tahu kau orang yang macam mana " aizad pun banyak tolong tenangkan aku tadi. kalau takde dia, mungkin aku dah meraung kat situ. dia buat lawak, bagi aku tak stres fikirkan hal ni. aku bersyukur sangat. dia sibuk dok suruh aku mengekor dia setting meja. bukannya dia tak boleh buat sndri. rupa rupanya dia rasa bersalah sbb dia ingatkan aku kecil hati dgn gurauan dia yang asyik mengaitkan aku dgn lelaki tuh. 

aku berazam. aku tak akan buat perkara macam tuh lagi. aku akan menjadi anak yang patuh dan taat pada perintah ibu bapa. jangan buat sesuatu perkara tanpa memikirkan kesan buruknya. ingat yana! ini suatu pengajaran yang berharga untuk kau. anggaplah ini sebagai satu dugaan dan jangan melakukan kesilapan yang sama lagi. belum terlambat untuk berubah yana. ubah balik persepsi dorang terhadap kau. mungkin agak susah sedikit. tapi kalau rajin berusaha, insyaallah, lama lama nanti lembut lah hati dorang tu nak terima kau balik.

aja aja hwaiting! :D


Hopeful,
Yana Azhar

No comments:

Post a Comment