Welcome to Farah Elyana's Official Blog :)

Monday, April 11, 2011

Line Celcom

Assalamualaikum,

Aku buat kerja gila hari nih. gara gara kesiankan Juliah yang keseorangan memakai baju biru, aku pun lantas memberi tahu cikgu yang aku juga ingin memakai baju biru. sungguh tak disangka ! jadi prefect niy banyak tanggungjawab. sudahlah diri sendiri tak terjaga, inikan pulak nak jaga orang lain. macam mana lah kau nak handle nanti yana oiii -,-' silap silap hari bulan, orang lain yang jaga kau pulak nanti. isyh, tak boleh jadik '___________'

tapi takpalah, try something new kan. it's not a bad thing. act, dari dulu aku nak try jadi prefect. but aku paling tak suka dengan yang namanya INTERVIEW. aku anti betul dgn word tuh. bukannya apa, dibuatnya dia tanya benda benda yang tak boleh aku jawab. berpeluh sakan aku nak jawab nanti. tak pasal pasal banjir satu sekolah dgn peluh aku -,-  *tak dapat dibayangkan :O 


so, conclusionnya. tengoklah aku nanti dengan pakaian yang serba biru atau lebih dikenali dgn word LINE CELCOM. HAHA XD

Yang gila,
Yana Azhar

Saturday, April 2, 2011

Birthday boy


Happy Belated Birthday, Asyraf Azahar.
gdluck for your SPM this year.
May this year be the best ever :')

Honestly from,
Yana Azhar

Monday, March 28, 2011

Nervous

             okey, entry kali niy aku tak nak panjang panjang. aku kena taip laju laju sebab skrg dah lewat. It's getting late and i have to go to bed now. *padahal baru pukul 11 tuh* mesti pelik kan, biasanya FE nih jarang tidur awal. kadang kadang tuh smpai pukul 2, 3 pagi pun tak reti reti nak tidur lagi kan, hikhik XD aku nak tidur awal nih pun bersebab. besok pasukan Kadet Pertahanan Awam SMK Meru akan pergi bertanding di Bandar Sultan Sulaiman. *termasuk aku lah tuh :D* Serious cuak gilaa. aku tulis entry nih pun semata mata nak hilangkan rasa gemuruh aku. mudah mudahan besok aku dapat buat yg terbaik, AMIN !

Yang gemuruh,
Yana Azhar

Monday, March 14, 2011

Saya Pelajar Tingkatan 4

Nama saya Farah Elyana binti Azhar,
Saya pelajar tingkatan 4 yang sangat SIMPLE dan KAKI FACEBOOKING

Saya nak join Segmen Sahabat Blogger - Pelajar Sekolah di bawah kelolaan http://blogpilihanmalaysia.blogspot.com
*Sebenarnya nih untuk suka suka saja. Tidak ada kena mengena dengan yang hidup, mahupun yang telah meninggal dunia :')

Okay, sudah sudahlah merepek -,-

Anda bersekolah di mana ?

=> Saya bersekolah di Sekolah Menengah Kebangsaan Meru, Klang. Eyh, tak pernah dengar ya ? kesiann, cuba cari dekat internet. agak agak jumpa tak ? Alahh, pendek cerita, carilah sekolah yang terpadat di Malaysia.  Hah, sekolah saya lah tu ! XD

Mata pelajaran yang anda minat dan sertakan sekali siapa guru 
yang mengajar dan kenapa anda minat mata pelajaran tersebut..


=> Hmm, subjek yang saya minat yaa. Kejap kejap, nak refresh balik.
Hahhh ! Saya minat dengan subjek Bahasa Inggeris, Matematik Moden, Biology dengan Chemistry. Cikgu yang mengajar saya matapelajaran Bahasa Inggeris ialah Miss Susan manakala cikgu yang mengajar saya subjek Math Moden ialah Puan Maziah. cikgu yang ajar saya subjek Biology ialah Puan Ruhani dan  Chemistry, Puan Nazni. Saya sukakan subjek ini kerana ianya agak mencabar. *Walaupun kadang kadang buat orang mengantuk dalam kelas :P


Nyatakan kenangan manis semasa di sekolah. contohnya menang 
pidato ke, menang main sukan ke dan sebagainya


=> Kenangan manis semasa di sekolah ? Err, saya nih bukan jenis orang yang sering terlibat dalam aktiviti aktiviti yang dianjurkan oleh sekolah. Apalagi dengan acara lumba lari and semua semua tuh. memang bukan sayalah kan, hikhik :D Datang kokurikulum pun semata mata nak penuhkan kehadiran. kalau tak, jangan mimpilah nak datang :D hehehe. tapi ada satu benda yang saya minat daripada dulu lagi. kawad kaki. Sekarang pun saya masih lagi teruskan lagi dengan aktiviti kawad saya setiap hari. Dan insyaallah, kalau tiada aral melintang, skuad Kadet Pertahanan Awam SMK Meru akan bertanding pada 29 March 2011 bagi mewakili daerah Klang. Doakan semoga kami berjaya ya ! :)


Gambar anda bersama rakan kelas (jika ada)






Sekian saja coretan saya kali ini :)

With Love,
Yana Azhar


Sunday, March 13, 2011

Kursus Imam & Imamah SMK Meru

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh :)

ceyt, ayat tak boleh blah kann. mentang mentang lah baru balik drpd kursus, konon bakal imamah laa nie. hahaha :D

Seperti tajuk yg tentera di atas, aku, aida, suri, julia and myrara telah bersepakat untuk menyertai Kursus Imam & Imamah selama 2 hari 1 malam di asrama SMK Meru. Entah apa angin aku tetiba je nak join sekali, Padahal aku nih bukan jenis yg suka mengikuti kursus mengenai keagamaan. Apa lagi dengan ceramah, tazkirah and all those things. Memang bukan aku lah kann. Benda nih seharusnya dipanggil miracle. Sebab dia hanya berlaku sekali dalam masa 3 tahun, ajaib gilaa ! :O

hahaha as you all don't know, pada pagi jumaat bersamaan dgn 11 Februari 2011 ( Taylor Lautner's Birthday :D ) yg kurang indah tu, aku terpaksa mengangkut beg aku yg berat tuh pergi ke rumah kamia. semua dok pndang aku lain macam je. mcm aku nih alien -,- aduhh, segan saya ='> aku terpaksa bawak beg tuh terus pergi sekolah. ye lah, lepas nih aku tak balik rumah dah. aku stay rumah kamia and then terus pergi sekolah :D ni lah nasib budak yg rumahnya jauh drpd sekolah, wuwuwu.

Bila dah balik sekolah, after lunch, aku and myrara pergi ke rumah kamia, tukar baju, makan and all those things, almost pukul 3, kitorang pun berangkat ke sekolah. sepatutnya dah ada kat sekolah pukul 2.30, tapi macam tak kenal aku kann. aku kalau bersiap mmg lembab. hehehe. pulak tu, jalan ke sekolah pun amek masa 15 minit, haha mmg lmbt ahh smpai. ditambah dgn beg berat mngalahkan org nak pergi honeymoon. mana taknya, last minute preparation kann. sabun, pencuci muka semua tak bawak. bagus betul -,-

First day kat situ, terasa mcm lama gilaa. makan petang and malam dia tak sedap. yuck! itu boleh terima lagi. tapi aku tak boleh tahan bila air dia air manis all the time. mula mula teh, lepas tuh teh tarik. and then nescafe. aku cukup tak suka lahh. pulak tuh bagi time tgh panas then suruh org habiskan cepat cepat. mahu melecur lidah org dibuatnya. malam tuh memang menderita gilaa ahh. dahaga yang amat. nak aje aku suruh kamia tolong hantarkan air kat kitorang memandangkan rumah dia sebelah sekolah je haha.

tapi aku belajar banyak benda sepanjang aku berada kat situ. aku terasa begitu kerdil di sisi tuhan. banyak dosa yang telah aku lakukan selama nih, setinggi gunung kinabalu mungkin. tapi aku berharap, semoga tuhan ampunkan segala dosa aku selama aku hidup di dunia nih. aku tak mahu pergi dalam kemurkaan ALLAH :'(

Yang Menyesal,
Yana Azhar