Welcome to Farah Elyana's Official Blog :)

Saturday, January 19, 2013

Dangerous

OMG ! I AM SO IN A BIG TROUBLE !

sendiri berani main api, sendiri tanggunglah akibatnya. good for you, yana! haaa, degil lagi kan. padan muka kau. aduhhh -,-'

macam mana ni. dari awal lagi aku tak sepatutnya layan dia. berkawan memanglah biar beribu, tapi ada batasnya. haihhh, sekarang mungkin lah aku anggap dia hanya sebagai kawan. tapi aku takut lama lama nanti TERjatuh cinta, siapa yang susah? aku jugak yang susah. 

sekarang ni pun aku macam dah menunjukkan tanda tanda akan TERjatuh cinta dengan dia. adik aku pun cakap macam tu. dia cakap " aku tengok kau ni kan kak, mesej dengan MR.S je mesti senyum lebar sampai ke telinga. lama lama nanti jatuh cinta lah kau dengan dia kak " ergghhhh -,-' taknaklah. tak dapat aku bayangkan bercinta dengan dia. sudahlah satu tempat kerja. memang jadi bahan usikan lah setiap hari kalau macam tu. isyhh, tak seronoknya '_______________'


hmm, sekarang ni pun dia macam dah tak pedulikan aku. pada fikiran aku cuma satu je, lelaki semuanya sama. dapat yang lebih cantik, yang lama ditinggalkan. bak kata orang, habis madu sepah dibuang. begitulah apa yang aku rasa masa tu. tak pasal pasal satu hari tu aku badmood semacam. sempat jugaklah aku buat drama air mata yang tak berapa nak laku kat belakang kitchen sampai kena marah dengan mak cik aku tu, siapa lagi kalau bukan miss hana. saja je kan si MR.S tu, sibuk dok kacau kacau afiqah sampai aku yang tengah tuang sup pun tak perasan aku tertuang kat tangan sendiri. memang saja je nak panaskan hati aku. tapi dalam pada masa yang sama, aku jugak risau. kalau dah sampai tahap panas hati bila nampak dia dengan perempuan lain, sah sah lah aku dah jatuh cinta dengan. hmm, pulak dah. lagi satu masalah muncul.

sudahlah satu hari tu syafiq asyik nak mengekor aku je. aku tahu niat dia, saja nak jealouskan MR.S tuh. yang si MR.S tu pun satu, nak balas dendam kat syafiq, so dia pun buat benda yang sama. sabar jelah aku dengan dua ekor ni. aku khawinkan aje nanti baru tahu. haihh -,- nasib nasib.

malamnya, aku dengan si dia tu adakan sesi luahan perasaan. masing masing marah masing masing dekat dengan orang lain. sudahnya berbaik jugak. mulalah aku nak cair balik. tuh yang bahaya tuh, sikit sikit cair. aku dah teruk tahap dewa dah ni, hisyhhhhh. apa aku nak buat ni? "___________"

 Confused,
Yana Azhar



Saturday, January 5, 2013

Mistake

I'VE DONE A VERY HUGE MISTAKE!

seumur hidup aku, inilah kali pertama aku buat kerja tak waras macam ni. kalau mak dan ayah aku tahu, mahu dorang sakit jantung gara gara terkejut. mana taknya, anak yang selama dididik dgn penuh kasih sayang dan pengetahuan agama yang cukup, boleh buat perkara tak betul macam nih. Nauzubillah! Aku betul betul menyesal, entah kenapa semua tak jadi macam yang aku nak kan. selepas ditegur oleh sir tadi, barulah aku sedar betapa bodohnya aku. sebagai perempuan, aku seharusnya lebih menjaga tatasusila aku dgn lelaki. bila dah jadi mcm ni. sendiri susah hati, yana, yana. haihh -,-'

sekarang ni, aku dah tak tahu nak buat apa dah. rasa malu aku dah macam setebal dinding. aku tak tahu macam mana nak berhadapan dgn pekerja lain. mesti dorang anggap aku yg macam macam. perempuan murahan, barangkali. nasib baik, kawan kawan aku memahami. aku cukup takut kalau dorang pun pandang serong dengan aku . aku cukup terharu bila sherin cakap " Aku kenal kau dah lama yana, aku tahu kau orang yang macam mana " aizad pun banyak tolong tenangkan aku tadi. kalau takde dia, mungkin aku dah meraung kat situ. dia buat lawak, bagi aku tak stres fikirkan hal ni. aku bersyukur sangat. dia sibuk dok suruh aku mengekor dia setting meja. bukannya dia tak boleh buat sndri. rupa rupanya dia rasa bersalah sbb dia ingatkan aku kecil hati dgn gurauan dia yang asyik mengaitkan aku dgn lelaki tuh. 

aku berazam. aku tak akan buat perkara macam tuh lagi. aku akan menjadi anak yang patuh dan taat pada perintah ibu bapa. jangan buat sesuatu perkara tanpa memikirkan kesan buruknya. ingat yana! ini suatu pengajaran yang berharga untuk kau. anggaplah ini sebagai satu dugaan dan jangan melakukan kesilapan yang sama lagi. belum terlambat untuk berubah yana. ubah balik persepsi dorang terhadap kau. mungkin agak susah sedikit. tapi kalau rajin berusaha, insyaallah, lama lama nanti lembut lah hati dorang tu nak terima kau balik.

aja aja hwaiting! :D


Hopeful,
Yana Azhar

Friday, December 21, 2012

Saya Dah Bekerja! :D

Assalamualaikum!

      haha lama dah tak update blog. bukannya apa, ada aja yang menghalang aku daripada berceloteh kat sini. semenjak aku mula bekerja nih, banyak masa aku dihabiskan kat tempat kerja. dengan nak layan customer yang kerenahnya bermacam ragam tu lagi, nak tunjuk rajin kat semua pekerja lain lagi, fuhh balik rumah mmg serious best GILAA. energy dah takde. 0%. hahah.

apapun, aku seronok bekerja kat situ. meskipun aku sorang je yang tersesat sebagai waiter perempuan kat situ, tapi disebabkan most of them baik. supervisor semua pun baik baik belaka. jadi, aku takde sebab untuk tak betah kerja kat situ. well, pada awalnya semua mmg pandang aku lain macam je. macam nak telan aku hidup hidup pun ya jugak. tambah pulak dgn si MR. A tu, asyik nak mengarah dan menjerit kat aku je. dah nama pun budak baru, mestilah kalau nak ambil order dan punch order tu agak agak lembab sikit. sepatutnya dia membantu, bukan malah naik hantu. aisyh, sabar ajelah.

but seriously, hari first bekerja kat situ mmg buat aku rasa mcm nak patah pinggang! seluruh sendi aku sakit sakit. tak termasuk dgn kaki aku yang melecet sbb banyak berjalan. maklumlah orang yang biasa duduk sepanjang hari kat rumah, tak buat apa. melepak, makan, tengok tv dan tidur je, tiba tiba disuruh untuk bekerja sehingga lewat malam. apatah lagi, sepanjang hari tak duduk. sekalipun customer tak ada, kena jugak berdiri. kata Sir Johan, tak elok kalau smpai customer nampak. hmm, yalah Sir '_____________'

dan sekarang, alhamdulillah, dah 4 hari aku bekerja. tak ada masalah sangat. tapi malam lah, agak busy sikit. ramai orang datang malam, kadang kadang sampai tak cukup tangan. dulu masa aku belum kerja situ, bukan main lagi aku mengutuk cakap apalah yang budak budak kat sini buat, bukan main ramai org. tapi makanan tetap lambat smpai. bila dah kerja sini baru lah aku faham "Ohh, walaupun ramai yang bekerja kat sini, tapi still tak menang tangan" haha bak kata pepatah. 'Don't judge a book by its cover' 

haha that's all for now, nanti aku sambung berceloteh lagi yaa. esok aku kena kerja lagi. jadi aku tak boleh tidur lambat sangat. hehe


So Long,
Yana


Monday, December 3, 2012

Cakes And Biscuits



Aigoo, terliur pulak tgk gambar ni. Dahlah semuanya coklat, aku ni pulak memang hantu coklat '__________'



( dipetik daripada internet, hehe -,-' )



Aku nak kek macam nih untuk birthday aku tahun depan boleh tak? :D

Sunday, December 2, 2012

I'm Not A Student Anymore!

OMG! OMG! OMG!

Guess what? SPM yang digeruni oleh budak Form 5 sejak sekian lama sudah pun berakhir! ( Of course, masih ada yang tengah berjuang lagi -,-' ) walau bagaimanapun, aku tetap happy. yelah, dah penat bertungkus lumus baca buku siang malam, tak cukup tidur. tidur pun dalam dua tiga jam je. tu pun kalau masih tak dpt straight A's, tak tahulah nak kata apa =,=

       Anyway, dengan berakhirnya SPM, bermakna berakhirlah kehidupan aku sebagai seorang student selama 11 tahun bersekolah ( tak termasuk tadika, okay ) haihh, rasa sayang pulak nak tinggalkan sekolah yang dah jadi macam rumah kedua aku. hukhuk. And selama tiga bulan aku bercuti sementara menunggu result ni, aku bercadang nak menambah sedikit pendapatan untuk memenuhi kemahuan diriku yang tak pernah puas nih. Contohnya, handphone. My friends semua dah bising sbb dalam banyak banyak kawan aku, aku jelah manusia yang masih belum mempunyai handphone sendiri. habis aku dikatanya kunolah, tinggal dalam gua lah, tak mengikut perkembangan terkini dan peredaran zaman and bla bla bla. hampeh punya kawan, haha.

kawan kawan aku yang lain, masing masing dah start kerja. Jealous! hari tu aku tgk wayang kat SCM, terjumpa pulak dgn mereka mereka yang aku kenali. Semua dah macam orang dewasa. dah boleh buat kerja. aku nih je yang entah bila nak jadi dewasa. aigooo.

opps, gotta go! there's something not so important that i have to do. hehe from now on, aku akan selalu selalu mengupdate blog nih. maklumlah dah banyak masa terluang sekarang. hehe

So Long, Yana