Welcome to Farah Elyana's Official Blog :)

Saturday, January 5, 2013

Mistake

I'VE DONE A VERY HUGE MISTAKE!

seumur hidup aku, inilah kali pertama aku buat kerja tak waras macam ni. kalau mak dan ayah aku tahu, mahu dorang sakit jantung gara gara terkejut. mana taknya, anak yang selama dididik dgn penuh kasih sayang dan pengetahuan agama yang cukup, boleh buat perkara tak betul macam nih. Nauzubillah! Aku betul betul menyesal, entah kenapa semua tak jadi macam yang aku nak kan. selepas ditegur oleh sir tadi, barulah aku sedar betapa bodohnya aku. sebagai perempuan, aku seharusnya lebih menjaga tatasusila aku dgn lelaki. bila dah jadi mcm ni. sendiri susah hati, yana, yana. haihh -,-'

sekarang ni, aku dah tak tahu nak buat apa dah. rasa malu aku dah macam setebal dinding. aku tak tahu macam mana nak berhadapan dgn pekerja lain. mesti dorang anggap aku yg macam macam. perempuan murahan, barangkali. nasib baik, kawan kawan aku memahami. aku cukup takut kalau dorang pun pandang serong dengan aku . aku cukup terharu bila sherin cakap " Aku kenal kau dah lama yana, aku tahu kau orang yang macam mana " aizad pun banyak tolong tenangkan aku tadi. kalau takde dia, mungkin aku dah meraung kat situ. dia buat lawak, bagi aku tak stres fikirkan hal ni. aku bersyukur sangat. dia sibuk dok suruh aku mengekor dia setting meja. bukannya dia tak boleh buat sndri. rupa rupanya dia rasa bersalah sbb dia ingatkan aku kecil hati dgn gurauan dia yang asyik mengaitkan aku dgn lelaki tuh. 

aku berazam. aku tak akan buat perkara macam tuh lagi. aku akan menjadi anak yang patuh dan taat pada perintah ibu bapa. jangan buat sesuatu perkara tanpa memikirkan kesan buruknya. ingat yana! ini suatu pengajaran yang berharga untuk kau. anggaplah ini sebagai satu dugaan dan jangan melakukan kesilapan yang sama lagi. belum terlambat untuk berubah yana. ubah balik persepsi dorang terhadap kau. mungkin agak susah sedikit. tapi kalau rajin berusaha, insyaallah, lama lama nanti lembut lah hati dorang tu nak terima kau balik.

aja aja hwaiting! :D


Hopeful,
Yana Azhar

Friday, December 21, 2012

Saya Dah Bekerja! :D

Assalamualaikum!

      haha lama dah tak update blog. bukannya apa, ada aja yang menghalang aku daripada berceloteh kat sini. semenjak aku mula bekerja nih, banyak masa aku dihabiskan kat tempat kerja. dengan nak layan customer yang kerenahnya bermacam ragam tu lagi, nak tunjuk rajin kat semua pekerja lain lagi, fuhh balik rumah mmg serious best GILAA. energy dah takde. 0%. hahah.

apapun, aku seronok bekerja kat situ. meskipun aku sorang je yang tersesat sebagai waiter perempuan kat situ, tapi disebabkan most of them baik. supervisor semua pun baik baik belaka. jadi, aku takde sebab untuk tak betah kerja kat situ. well, pada awalnya semua mmg pandang aku lain macam je. macam nak telan aku hidup hidup pun ya jugak. tambah pulak dgn si MR. A tu, asyik nak mengarah dan menjerit kat aku je. dah nama pun budak baru, mestilah kalau nak ambil order dan punch order tu agak agak lembab sikit. sepatutnya dia membantu, bukan malah naik hantu. aisyh, sabar ajelah.

but seriously, hari first bekerja kat situ mmg buat aku rasa mcm nak patah pinggang! seluruh sendi aku sakit sakit. tak termasuk dgn kaki aku yang melecet sbb banyak berjalan. maklumlah orang yang biasa duduk sepanjang hari kat rumah, tak buat apa. melepak, makan, tengok tv dan tidur je, tiba tiba disuruh untuk bekerja sehingga lewat malam. apatah lagi, sepanjang hari tak duduk. sekalipun customer tak ada, kena jugak berdiri. kata Sir Johan, tak elok kalau smpai customer nampak. hmm, yalah Sir '_____________'

dan sekarang, alhamdulillah, dah 4 hari aku bekerja. tak ada masalah sangat. tapi malam lah, agak busy sikit. ramai orang datang malam, kadang kadang sampai tak cukup tangan. dulu masa aku belum kerja situ, bukan main lagi aku mengutuk cakap apalah yang budak budak kat sini buat, bukan main ramai org. tapi makanan tetap lambat smpai. bila dah kerja sini baru lah aku faham "Ohh, walaupun ramai yang bekerja kat sini, tapi still tak menang tangan" haha bak kata pepatah. 'Don't judge a book by its cover' 

haha that's all for now, nanti aku sambung berceloteh lagi yaa. esok aku kena kerja lagi. jadi aku tak boleh tidur lambat sangat. hehe


So Long,
Yana


Monday, December 3, 2012

Cakes And Biscuits



Aigoo, terliur pulak tgk gambar ni. Dahlah semuanya coklat, aku ni pulak memang hantu coklat '__________'



( dipetik daripada internet, hehe -,-' )



Aku nak kek macam nih untuk birthday aku tahun depan boleh tak? :D

Sunday, December 2, 2012

I'm Not A Student Anymore!

OMG! OMG! OMG!

Guess what? SPM yang digeruni oleh budak Form 5 sejak sekian lama sudah pun berakhir! ( Of course, masih ada yang tengah berjuang lagi -,-' ) walau bagaimanapun, aku tetap happy. yelah, dah penat bertungkus lumus baca buku siang malam, tak cukup tidur. tidur pun dalam dua tiga jam je. tu pun kalau masih tak dpt straight A's, tak tahulah nak kata apa =,=

       Anyway, dengan berakhirnya SPM, bermakna berakhirlah kehidupan aku sebagai seorang student selama 11 tahun bersekolah ( tak termasuk tadika, okay ) haihh, rasa sayang pulak nak tinggalkan sekolah yang dah jadi macam rumah kedua aku. hukhuk. And selama tiga bulan aku bercuti sementara menunggu result ni, aku bercadang nak menambah sedikit pendapatan untuk memenuhi kemahuan diriku yang tak pernah puas nih. Contohnya, handphone. My friends semua dah bising sbb dalam banyak banyak kawan aku, aku jelah manusia yang masih belum mempunyai handphone sendiri. habis aku dikatanya kunolah, tinggal dalam gua lah, tak mengikut perkembangan terkini dan peredaran zaman and bla bla bla. hampeh punya kawan, haha.

kawan kawan aku yang lain, masing masing dah start kerja. Jealous! hari tu aku tgk wayang kat SCM, terjumpa pulak dgn mereka mereka yang aku kenali. Semua dah macam orang dewasa. dah boleh buat kerja. aku nih je yang entah bila nak jadi dewasa. aigooo.

opps, gotta go! there's something not so important that i have to do. hehe from now on, aku akan selalu selalu mengupdate blog nih. maklumlah dah banyak masa terluang sekarang. hehe

So Long, Yana

Monday, September 17, 2012

Perang Dingin

Assalamualaikum! Huhu,

Berhabuk dah blog aku nih. Lama sgt tak menjenguk kat sini. Last aku type entry bila, ye? Dalam raya tahun lepas rasanya. kiranya dah setahun dah. Banyak benda dah berlaku sepanjang tahun ni, tapi maaflah ye. Aku sangat tidak ada waktu untuk menaip entry *tetapi untuk meng'online' facebook, Ada :D* Aku tengok member aku yang lainnya bukan main lagi berjela jela entrynya. kalau tgk aku punya, alahai, kosong je nampak. haha.

So, nak mula drpd mana? Lama dah tak taip entry, nak loyar buruk pun dah tak reti -,-' nak mulakan cerita pun tak tahulah drpd mana. tapi yg aku tahu, skrg nih aku sdg menghadapi dilema yg agk besar. dipendekkan cerita, perang dingin dgn keluarga aku. kalau diikuitkan, 99% mmglah salah aku kan. sbgai anak aku kenalah mengalah. tapi entah knpe, keras kepala aku melampau pula kali ni. ego sungguh smpaikan aku 'kurang' bercakap dgn mak aku dh nak dekat 7 bulan dah. Aigoo, kalau masa awal awal gaduh dulu lagilah teruk, tak bertegur sapa langsung. aku smpai sggup tak makan seharian semata mata tak nak jumpa mak aku. Dasyat kan? apalah nak jadi dengan aku ni. jdy dengan penuh keinsafan, aku minta maaf dekat mak aku time raya hari tu. tu pun dah puas tebalkan muka dan rendahkan ego aku semata mata nak jernihkan balik hubungan kitaorang. tapi nampaknya takde sebarang hasil pun.

aku sampai berfikir kalau hubungan kitaorang akn kekal cam ni selama lamanya. haihh, bukannya kitaorang tak prnh bergaduh sebelum nih, dah kita orang akan berbaik dgn secara natural nya. tapi entah kenapa, kali nih susah bebeno nak berbaik nye noh. Entahlah, kita tgk jelah smpai ke mana bnde nih melarat -,-

Sorry, Entry tergantung. Tak tahu nak ckp pe dah -,- aiyoo